Sunday 10 July 2011

Sinopsis Artikel



Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa:
Penguasaan Guru Dalam Kekangan Dalam Perlaksanaan.
            Pengajaran bahasa menggunakan komputer menjadi semakin popular di kalangan guru-guru pada masa kini. Ini kerana, melalui penggunaan teknologi ini, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Akan tetapi, sejauh manakah guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran menggunakan komputer.  
            Melalui dapatan kajian:
            Melalui Konsep Pengajaran Bahasa Berpandukan Komputer (PBBK) menunjukkan terdapat beberapa pemahaman dalam memahami konsep PBBK. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pendedahan, peluang dan komitmen. Kajian menunjukkan kebanyakan guru memahami konsep ini bermaksud guru turut hadir apabila pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer.
            Melalui survey yang dijalankan, kebanyakan guru merasa tidak selesa pengajaran bahasa menggunakan komputer. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berapa mengetahui menggunakan perisian dan program.
            Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa adalah; kebanyakan guru percaya ia terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Jika ia diaplikasikan dalam pengajaran karangan, kaedah ini menunjukkan kurang berkesan.
            Kesannya kepada pelajar jelas menunjukkan peningkatan minat pelajar dalam mempelajari bahasa. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan kepada pelajar pintar dan tidak kepada pelajar yang kurang pintar.
            Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan cuba untuk mempelajari untuk menggunakan komputer. 

4 comments:

  1. Pada masa ini para guru perlu lebih peka kepada penggunaan komputer dan terpaksa mempelajari cara-cara menggunakan komputer dalam P&P guru tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa pengajaran bahasa berbantukan komputer juga sesuai diaplikasikan kepada murid Tahun Satu kerana ia akan merangsang murid untuk menguasai kemahiran asas dalam suasana yang berlainan daripada kebiasaan mereka. Tidak salah jika guru berkorban sedikit tenaga dan 'jiwa'..betul tak cg Shukri?!!!

    ReplyDelete
  3. Info yang baik untuk dimanfaatkan.Guru hari ini memang perlu tahu menggunakan komputer. Zaman dah maju...guru juga perlu berubah mengikut perkembangan zaman yang teknologinya semakin canggih.

    ReplyDelete
  4. Cabaran pendidikan masa kini , guru perlu menambah ilmu seiring dengan peredaran zaman.

    ReplyDelete