Sunday 10 July 2011

Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Rawa, Pendang

Pada bulan Oktober 2010 yang lalu, berlangsunglah Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Rawa seperti yang dirancang sebelum ini. Perkhemahan diadakan selama dua hari. Sebanyak empat unit beruniform terlibat iatu Pengakap, PBSM, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan Puteri Islam. Unit-unit ini dibahagikan pula kepada 18 kumpulan. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan; hujan lebat di sebelah malam sehingga pada hari perkhemahan namun perkhemahan diteruskan kerana tapak perkhemahan tidak di genani air.

Guru sedang memberi taklimat kepada peserta perkhemahan

Khemah dan tempat diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.

Guru-guru membuat khemah memasak untuk peserta lelaki
Peserta bekerjasama bertungkus lumus membuat gajet

Peserta perempuan juga tidak mahu kalah membuat gajet terbaik

Guru penasihat membantu peserta membuat gajet


Kumpulan The Rabbit mencipta logo mereka.

Kumpulan Pengakap yang happy-happy semua

Sinopsis Artikel



Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa:
Penguasaan Guru Dalam Kekangan Dalam Perlaksanaan.
            Pengajaran bahasa menggunakan komputer menjadi semakin popular di kalangan guru-guru pada masa kini. Ini kerana, melalui penggunaan teknologi ini, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Akan tetapi, sejauh manakah guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran menggunakan komputer.  
            Melalui dapatan kajian:
            Melalui Konsep Pengajaran Bahasa Berpandukan Komputer (PBBK) menunjukkan terdapat beberapa pemahaman dalam memahami konsep PBBK. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pendedahan, peluang dan komitmen. Kajian menunjukkan kebanyakan guru memahami konsep ini bermaksud guru turut hadir apabila pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer.
            Melalui survey yang dijalankan, kebanyakan guru merasa tidak selesa pengajaran bahasa menggunakan komputer. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berapa mengetahui menggunakan perisian dan program.
            Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa adalah; kebanyakan guru percaya ia terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Jika ia diaplikasikan dalam pengajaran karangan, kaedah ini menunjukkan kurang berkesan.
            Kesannya kepada pelajar jelas menunjukkan peningkatan minat pelajar dalam mempelajari bahasa. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan kepada pelajar pintar dan tidak kepada pelajar yang kurang pintar.
            Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan cuba untuk mempelajari untuk menggunakan komputer.