Sunday 10 July 2011

Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Rawa, Pendang

Pada bulan Oktober 2010 yang lalu, berlangsunglah Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Rawa seperti yang dirancang sebelum ini. Perkhemahan diadakan selama dua hari. Sebanyak empat unit beruniform terlibat iatu Pengakap, PBSM, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan Puteri Islam. Unit-unit ini dibahagikan pula kepada 18 kumpulan. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan; hujan lebat di sebelah malam sehingga pada hari perkhemahan namun perkhemahan diteruskan kerana tapak perkhemahan tidak di genani air.

Guru sedang memberi taklimat kepada peserta perkhemahan

Khemah dan tempat diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.

Guru-guru membuat khemah memasak untuk peserta lelaki
Peserta bekerjasama bertungkus lumus membuat gajet

Peserta perempuan juga tidak mahu kalah membuat gajet terbaik

Guru penasihat membantu peserta membuat gajet


Kumpulan The Rabbit mencipta logo mereka.

Kumpulan Pengakap yang happy-happy semua

20 comments:

  1. seronok tengok gambar-gambar nie terkenang waktu sekolah dulu.

    ReplyDelete
  2. semangat sungguh cikgu-cikgu dan murid-murid, walaupun hujan tidak mematahkan semangat..

    ReplyDelete
  3. Wah,seronoknya...semangat berpasukan yang boleh dijadikan contoh.

    ReplyDelete
  4. Aktiviti yang menarik.Semangat gotong royong.

    ReplyDelete
  5. sepakat membawa berkat...itu yang ingin kita terapkan dalam diri anak2 didik kita

    ReplyDelete
  6. Bulat air kerana pembentung.Bulat manusia kerana muafakat....satu aktiviti yang amat baik untuk menerapkan sikap saling bantu membantu dan semangat berpasukan.Syabas!

    ReplyDelete
  7. Selain bersukan, inilah aktiviti yang paling disukai oleh murid2 sekolah... Cikgu pun tumpang seronok gak...

    ReplyDelete
  8. Bersemangat sungguh para pelajar dan guru bekerjasama dalam menjayakan perkhemahan.Nanti boleh jumpa di Jambori Pengakap Negeri kalau ada.

    ReplyDelete
  9. aktiviti yg sangat berguna untuk kehidupan sebenar..tahniah cikgu

    ReplyDelete
  10. terkenang aktiviti2 perkhemahan masa aktif pengakap di kl dulu...mmg seronok...rata p berjalan dolu2....

    ReplyDelete
  11. pengalaman yang tidak mungkin diperolehi di dalam bilik darjah..

    ReplyDelete
  12. seronok tgk,tingat zaman dolu2...

    ReplyDelete
  13. Syoknya camping..tak kira di mana jua aslkan bergumbira bersama murid-murid

    ReplyDelete
  14. Seronok nampaknya murid-murid dapat berkunjung keluar sekolah,sambil bermain mereka ditanam dengan nilai-nilai murni yang berguna dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  15. Inilah yang dikatakan murid didahulukan pencapaian diutamakan.Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang menjayakan program ini.

    ReplyDelete
  16. aktiviti yg menyeronokkan dan menambahkan pengetahuan..teruskan.

    ReplyDelete
  17. teringat masa dulu aku berkhemah...hehehe

    ReplyDelete